Tuesday, 23 June 2015

Gempar !!! Kisah Sebenar Di Sebalik Berita Kematian John Cena !!!

Kisah Sebenar Berita Kematian John Cena !!!

Berita Kematian John Cena Akibat Kemalangan

Ramai yang terkejut dengan berita kematian ahli gusti professional John Cena yang dikhabarkan telah maut akibat kemalangan kereta.Untuk pengetahuan anda, berita kematian John Cena akibat kemalangan telah tersebar sejak 2012 lagi dan pada tahun ini ia muncul sekali lagi dengan berita kecederaan kepala.

Antara petikan berita palsu kematian John Cena yang viral di laman sosial:

Berita Kematian John Cena Akibat Kecederaan Kepala

Antara gambar John Cena yang dikatakan menderita akibat kemalangan:

Berita Palsu Kematian John Cena

Berita Palsu Kematian John Cena

Dan gambar palsu keranda John Cena diusung untuk dikebumikan:

Berita Kematian John Cena

Berita baik untuk anda semua di luar sana yang meminati John Cena, beliau kini masih sihat dan berita kematiannya disahkan palsu.Berita ini juga beberapa kali muncul di laman 'Hox Slayer' yang disahkan palsu semata-mata.

Monday, 8 June 2015

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W ....



" Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.”

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak, janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah, sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti akan membuat perhitungan di atas amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.”

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. Maka, berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.”

“Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan, dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.”

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah, setiap muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam  taqwa dan beramal soleh.”

“Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.”

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Qur’an dan sunnahku.”



“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

BAHAYA !!! Jangan Menghembus Hingus Semasa SELSEMA !!!

BAHAYA!!!AMALAN MENGHEMBUS HINGUS!!.JANGAN BERSEMANGAT SANGAT!MARI LIHAT CARA MENGATASI MASALAH INI..


Apakah anda salah satu orang yang sangat terganggu dengan lendir kental menyumbat hidung saat pilek yang biasa disebut ingus atau umbel oleh kebanyakan orang? Apakah anda sering berusaha mengeluarkannya dari hidung anda dengan sekuat tenaga menghembuskannya? Jika iya, maka anda harus mulai menghentikan kebiasaan tersebut mulai sekarang.
Hidung, tenggorokan, faring dan mulut merupakan ruangan yang memiliki hubungan langsung dengan telinga. Keempat ruangan ini dihubungkan oleh suatu saluran yang dinamakan tuba eustachius menuju ke telinga. Pada keadaanNORMAL, pintu masuk ke tuba eustachius tertutup dan hanya terbuka ketika menguap dan mengunyah. Hal ini terjadi untuk menyamakan tekanan dengan tekanan udara luar.
Pada saat anda flu atau pilek, di dalam rongga hidung, tenggorokan dan faring dipenuhi oleh lendir yang penuh akan kuman penyakit. Lendir ini biasa disebut ingus atau umbel jika keluar dari hidung, dan disebut dahak jika keluar dari mulut dengan dibatukkan.
Ketika anda membuang lendir dgn cara dihembuskan dengan keras sambil menutup salah satu lubang hidung dan mulut, maka tekanan udara yang besar dari dalam akan mendorong lendir ke arah salah satu lubang hidung yang terbuka. Jika jumlah lendir terlalu banyak, maka tekanan yang besar itu akan terbagi ke arah tuba eustachius dan membawa lendir yang penuh dengan kuman terperangkap di dalamnya. Akhirnya kuman tersebut berkembang biank dan menyebabkan infeksi telinga tengah atau yang biasa disebut otitis media. Keadaan ini menyebabkan rasa nyeri yang hebat di telinga yang bisa menyebabkan pecahnya gendang telinga.
Oleh karena itu ketika anda flu, sebaiknya jangan mencoba membuang ingus dengan menghembuskannya terlalu keras. Atau anda bisa melakukan hal tersebut disertai dengan membuka mulut lebar-lebar sehingga tekanan udara dari dalam dikeluarkan tidak hanya ke arah hidung tapi juga mulut, sehingga memperkecil kemungkinan ada tekanan ke arah tuba eustchius. Selamat mencoba…

Sunday, 7 June 2015

Info SIhat !!! Mengapa Rasulullah S.A.W Melarang Perbuatan Meminum Air Sambil Berdiri !!

Mengapa Rasulullah S.A.W Melarang Perbuatan Meminum Air Sambil Berdiri? MESTI BACA!!

Pernahkah anda makan dan minum secara berdiri di dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang berkata YA atau TIDAK sambil tersenyum dengan seribu makna.Kini, perbuatan makan dan minum secara berdiri ini agak biasa dan menjadi BUDAYA di kalangan masyarakat.Tahukah anda terdapat larangan makan dan minum berdiri di dalam Islam? Terdapat segelintir golongan dalam masyarakat tidak mengambil kisah perbuatan ini, malahan larangan ini dipandang sepi dan dikritik oleh mereka.Islam adalah sebuah agama yang lengkap (syumul)dalam memberikan panduan dan adab di mana ia meliputi semua tatacara kehidupan manusia.

Biologikal Manusia

Perbuatan meminum sambil berdiri akan menyebabkan proses penapisan air tidak berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan penyakit kristal ginjal.

Secara klinikal, air yang masuk dengan cara posisi duduk akan disaring oleh sfinger.
SFINGER adalah suatu struktur berotot (muscular) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penapisan yang berada di ginjal (kidney).

Sekiranya pada masa tersebut kita minum sambil berdiri maka air yang kita minum itu secara automatik akan masuk tanpa disaring lagi. Ia akan terus menuju ke kandungan air kencing.Ketika menuju ke kandungan air kencing itu maka terjadilah pemendapan (sedimentation) di saluran sepanjang perjalanan (ureter).Oleh kerana terdapat sisa-sisa makanan yang melekat pada saluran ini maka bermulalah satu penyakit kristal ginjal (crystal kidney disease) yang sungguh berbahaya.Senario ini menjustifikasikan hubungan-kait ureter yang sedikit demi sedikit menjadi tersumbat tadi.

Larangan Minum Dan Makan Secara Berdiri Menurut Perspektif Sains

Berdasarkan kepada hasil kajian yang dijalankan oleh seorang Pakar PerubatanBERNAMA Dr. Abdul Razzak Al-Kailani berkaitan tindakbalas terhadap makan dan minum secara berdiri telah merumuskan;
“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dariSEGI kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Di mana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. Manakala minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan".


Posisi secara duduk akan membuat sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang dan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman.

Pandangan ini turut disokong oleh Dr. Ibrahim Ar-Rawi yang membuat kajian terhadap sistem saraf dan sistem otot telah menerangkan;“Apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak. 

Ia adalah proses gabungan di antara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidakMAMPU mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. Ini kerana apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul".

Namun begitu, PERBUATAN MAKAN DAN MINUM SAMBIL DUDUK ADALAH LEBIH AFDAL kerana Rasulullah S.A.W melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding perbuatan berdiri.

Thursday, 4 June 2015

Mohon SHARE !!! Ayat Suci Al-Quran Yang Dapat Menyembuhkan Angin Ahmar Atau Strok !!!



Kadangkala strok dipanggil 'serangan otak'. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik.

Strok Iskemia berlaku bila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak menyebabkan tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan tertentu.

Dalam setengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk dalam saluran darah otak sendiri dan menyebabkan strok iskemia. DalamKES strok iskemia lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan bergerak ke otak seterusnya menyumbat saluran darah otak.

Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak lemah, rosak dan pecah menyebabkan pendarahan dalam otak.

Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid.

Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak kemudian mengalir ke dalam otak menyebabkan bekalan darah ke sel otak terputus dan sel otak akan rosak atau mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10KES strok.

Pendarahan Subarachnoid berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut biasanya diisi cecair otak - cerebrospinal. Setiap satu daripada 20KES disebabkan jenis ini.

Strok di Malaysia Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang strok.

Setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja.

Punca Punca berisiko tinggi berlaku strok terbahagi kepada dua tidak boleh diubah dan boleh diubah.

Risiko tidak boleh diubah:
  • Umur
  • Genetik
  • Jantina
  • Sejarah serangan jantung atau strok Risiko boleh diubah:
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Kencing manis
  • Kolesterol
  • Obesiti

Simptom serangan strok Setiap fungsi tubuh yang berbeza dikawal oleh bahagian otak berbeza. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak terjejas dan saiz otak yang rosak.

Satu atau lebih simptom tiba-tiba:
  1. Tangan kaki lemah atau lumpuh.
  2. Sebelah muka lemah. Air liur sentiasa meleleh tanpa kawalan.
  3. Masalah kestabilan, koordinasi badan, percakapan, penglihatan, sukar menelan.
  4. Rasa pening atau sakit kepala
  5. Kebas di sebahagian daripada badan
  6. Pengsan atau menjadi keliru

Kesan jangka panjang Jenis dan kadar kelumpuhan disebabkan serangan strok berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok.

Serangan teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:
  1. Sebelah badan lemah.
  2. Masalah kestabilan, koordinasi badan.
  3. Masalah menelan.
  4. Masalah percakapan dan komunikasi.
  5. Masalah penglihatan.

Apa yang tersenarai di atas adalah contoh yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit.

Minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak akan kurang. Sebahagian simptom mungkin kurang atau hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi, keadaan pesakit mungkin bertambah baik.

Rawatan moden Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strokSTABIL. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin.

Rawatan segera penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan.

Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan dan/atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak.

Rawatan rehabilitasi dilakukan selepas pesakitSTABIL untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.

Rawatan al-Quran Ayat al-Quran memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Daripada pengalaman kami di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengubati pesakit strok, ramai mengalami perubahan sangat positif selepas rawatan menggunakan ayat suci al-Quran.

Kami mendapati ada unsur gangguan makhluk halus menyebabkan serangan strok dalam sebahagian pesakit.

Sejenis jin digelar Jin Ahmar masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran darah dalam otak menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan pesakit mendapat strok.

Perubatan moden mengakui strok disebabkan pendarahan dalam otak, tetapi sukar menerangkan puncanya. Kita selalu mendengar pesakit muda, tiada sejarah keluarga, sihat, tiada darah tinggi atau diabetes tetapi mendapat strok.

DalamKES demikian selalunya mereka diganggu Jin Ahmar dan perlu dikeluarkan daripada badan pesakit sebelum dirawat.

Setiap pesakit strok yang datang berubat, akan diperiksa jika ada gangguan Jin Ahmar. Selalunya jin Ahmar berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit. Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan izin Allah mengeluarkannya jika ada dan memberikan ayat berikut untuk diamalkan disertai doa kepada Allah memohon penyembuhan. InsyaAllah ayat al-Quran yang dibaca pesakit dapat merangsang sel otak yang rosak akibat strok berfungsi semula.

Ayat-ayat tersebut adalah:
  • Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55
  • Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89
  • Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37
  • Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47

Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali waktu malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.

Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah.

Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; "….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

Penutup Kita sebagai umat Islam yang diberi nikmat Islam dan iman harus berpegang teguh, beramal dan yakin mukjizat al-Quran.

Keistimewaan al-Quran pasti membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia yang silih berganti antara bahagia dan sengsara.

Apabila kita atau insan tersayang ditimpa strok, kita kena kuat dan tabah. Kadangkala keluarga pesakit tertekan menjaga pesakit strok. Ramai keluarga pesakit mengadu susahnya menjaga pesakit strok.

Bersabar, berikhtiar dan percaya semua dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya. Antara cara memperkuatkan rohani dan hati apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah membaca al-Quran setiap hari.

Penawar rohani paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 57: "Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."

Bacalah surat istimewa daripada Allah kepada hamba-Nya setiap hari. Jadikan amalan ini rutin, semoga kita mendapat keberkatan.

[Sumber]

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2013/09/bagaimana-mengubati-penyakit-strok.html#ixzz3c8uRibpz

‎9 Mimpi Nabi Muhammad SAW Yang Ramai Tak Tahu Manfaatnya !!!!



9 Mimpi Nabi Muhammad SAW






Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi M
uhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Pesanan: Tolong klik SHARE dan TAG pada rakan-rakan ya? sama-sama ingat mengingati sesama MUSLIM. insyaallah.
Assalamu'alaikum. Jika anda suka mana2 gambar ataupun ayat dalam page ni.. Silalah copy ,tag ataupun share..tidak perlu minta izin kerana ilmu ini semua datangnya dari Allah..




Tuesday, 2 June 2015

Nasihat Iblis Kepada Nabi Nuh Yang Ramai Tak Tahu !!!

Nasihat Iblis Kepada Nabi Nuh Yang Ramai Tak Tahu !!!


Diantara manusia yang mendapat umur yang sangat panjang di dunia iniadalah Nabi Nuh a.s. Al-Qur'an menyatakan bahawa Nabi Nuh a.s. pernah hidup disekitar kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun.


Gambar hiasan.

Selama masa itu, Nabi Nuh a.s. telah menyeru mereka pada jalan Allah SWT, namun hanya sedikit dari mereka yang mengikuti ajarannya.

Melihat kaumnya yang sengaja mengingkari ajarannya, malah sering menggangu dakwah kepada mereka, Nabi Nuh a.s. memohon kepada Allah SWT agar ditimpakan bencana kepada mereka.

Allah SWT mengabulkan permintaannya. Nabi Nuh a.s. diperintahkan untuk membuat kapal besar yang boleh memuatkan semua jenis makhluk bernyawa kerana Allah akan menurunkan hujan yang sangat lebat dan mengalirkan banjir besar sehingga tidak ada satu pun dari mereka yang kafir akan tertinggal.

Tiba waktu yang ditentukan, bersama pengikut dan segenap pasangan makhluk melata lain, Nabi Nuh a.s. pun naik keatas kapal. Hujan pun mulai turun membasahi bumi.

Nabi Nuh a.s. memerhatikan satu persatu mereka yang hadir ke atas kapal dan tiba-tiba matanya terpandang seorang lelaki tua yang tidak dikenalinya.

"Siapa kamu?" tanya Nabi Nuh a.s.

"Aku Iblis," jawabnya.

"Mengapa engkau mahu ikut serta bersama kami?" tanya Nabi Nuh a.s.

"Aku bukan mahu mengikuti kapalmu dan ingin selamat bersamamu. Aku hanya ingin mengganggu hati para pengikutmu. Biarlah tubuh mereka bersamamu, asal hati mereka bersamaku," jawab Iblis berterus-terang.

Iblis memang tidak pernah menyembunyikan niat jahatnya untuk mencelakakan manusia sejak zaman Adam sehinggalah ke hari kiamat.

"Keluarlah dari kapalku wahai musuh Allah!" kata Nabi Nuh a.s.

Iblis tidak menjawab sama ada mahu keluar atau terus kekal didalam kapal Nabi Nuh a.s.

Sebelum Nabi Nuh a.s. Allah SWT juga pernah mengusirnya keluar dari syurga, tetapi Iblis masih juga membangkang perintah Allah dan terus menggoda Adam sehingga berjaya.

Iblis hanya berkata, "Wahai Nuh, aku menyimpan lima strategi, dengannya aku boleh mencelakakan umat manusia. Aku akan sebutkan padamu yang tiga, tetapi aku akan menyembunyikan darimu dua yang lain."

Allah SWT kemudian mewahyukan pada Nabi Nuh a.s. agar tidak usah mendengarkan yang tiga, tetapi dengar saja dua yang cuba disembunyikn Iblis.

"Aku tidak berminat mendengar tiga strategi yang engkau ingin sebutkan itu. Tapi sebutlah dua strategi yang engkau sembunyikan dariku," jawab Nabi Nuh a.s.

Iblis berkata, "Wahai Nuh, aku akan berusaha membinasakan manusia dengan duaCARA; pertama, dengan cara menanamkan sifat dengki dalam hati mereka, dan kedua; dengan cara menanamkan sifat nafsu dalam jiwa mereka. Kerana dengki maka aku dilaknat oleh Allah SWT dan dijadikannya sebagai syaitan yang terkutuk. Dan kerana nafsu maka Adam menghalalkan segala makanan di syurga sehingga dia dikeluarkan dari dalamnya. Dengan dua sifat ini, kami semua dikeluarkan dari syurga."

Setelah kapal Nabi Nuh a.s. mendarat bersama semua penumpangnya, tiba-tiba Iblis datang lagi menghampirinya.

Dengan suara yang amat merdu dia berkata kepada Nabi Nuh a.s., "Aku sangat berterima kasih padamu, lebih dari semua makhluk yang ada dimuka bumi ini."

"Permohonanmu agar orang-orang kafir itu dicelakakan telah dikabulkan oleh Allah SWT. Dengan cara itu bererti engkau telah meringankan bebanku," kata Iblis.

"Wahai Nuh, jangan sekali-kali engkau berasa dengki kerana ia telah menghantarku pada keadaan seperti ini. Dan jangan sekali-kali engkau menuruti nafsu, kerana ia telah menghantar Adam seperti yang dialaminya."

Itulah nasihat Iblis kepada Nabi Nuh a.s. sebelum berlalu pergi daripada kapal itu.

LinkWithin